Sunday, November 26, 2023

ARAHAN TUGASAN KELULUT WALK

1. Anda dikehendaki membuat aktiviti kelulut walk secara berkumpulan di kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Anda dikehendaki mencari lokasi sarang kelulut seperti yang ditandakan dalam gambar google map yang diberikan dalam group Whatsapp.

2. Anda dikehendaki membuat laporan ringkas dengan mengikuti arahan-arahan berikut.

        a. Cari semua lokasi sarang kelulut yang diberikan

        b. Selfie secara berkumpulan berlatarbelakangkan lokasi setiap sarang kelulut

        c. Memberi perincian terhadap 

                    c1. saiz kelulut - kecil/besar, berapa mm dll

                    c2. jenis kelulut - boleh buat andaian jika tidak tahu spesis sebenar

                    c3. warna kelulut - hitam, kelabu, sayap putih dll

                    c4. lokasi sarang - dalam simen / dalam pokok/ dalam polypaip

                    c5. fly in fly out (fifo) - aktiviti keluar masuk dalam tempoh 1 minit

          d. Mengambil gambar dan menghantar laporan ke kelulutwalk.blogspot.com

3. Anda dikehendaki menghantar laporan dengan menggunakan emel. Hanya ketua kumpulan yang perlu menghantar laporan aktiviti. Format tugasan adalah seperti berikut:

            a. Buka emel (gmail)

            b. Compose

            c. Pada Subjek tulis "Aktiviti Kelulut Walk Kumpulan XX" (gantikan XX dengan nama kumpulan)

            d. Dalam bahagian body masukkan

                            d1. Nama Ahli kumpulan

                            d2. Laporan seperti dalam bahagian 2 b,c & d

             e. Emel ke kamarul.ismail.itama@blogger.com 

            f. PENTING - gunakan menu insert photos bukan attachment  untuk memasukkan gambar.  Pastikan semua laporan lengkap sebelum send emel kerana laporan akan terus masuk ke blog. TQ



No comments:

Post a Comment

LAPORAN LAWATAN KE SELANGOR FRUIT VALLEY (A2)

CPE2031 PENTERNAKAN LEBAH KELULUT TUGASAN KUMPULAN: LAPORAN LAWATAN KE SELANGOR FRUIT VALLEY KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN A DISEDIAKAN UNTUK: P...