Sunday, January 28, 2024

LAPORAN LAWATAN KELULUT DI SELANGOR FRUIT VALLEY KUMPULAN A1

LAPORAN LAWATAN KELULUT DI SELANGOR FRUIT VALLEY 

KUMPULAN A1

Nama ahli kumpulan 1

No Matrik

1.NUR SHARIFAH ZULAIKA BINTI HARUN

D20201095600

2.SABRINAH BINTI ABDUL MANAF

D20201095606

3. ROSMAYUNI BINTI MOHAMAD

D20201095621

4. MUHAMMAD HAIKAL BIN MAZMAN

D20212099283

5. MUHAMMAD FARIZ BIN ABDULL RASID

D20212099302


Pada 20 Disember 2023 yang lalu, kumpulan kami telah menyertai lawatan kelulut yang dilakukan di Selangor Fruit Valley bagi kursus CPE2031 Penternakan Madu Kelulut. 


Selangor Fruit Valley atau SFV adalah sebuah ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan 646 hektar terletak di daerah Hulu Langat, Selangor. Ia terkenal dengan kebun buah-buahan yang luas di mana pengunjung boleh merasai pengalaman memetik dan merasai pelbagai jenis buah-buahan tropika. SFV menawarkan kepelbagaian buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis, langsat, dan banyak lagi, bergantung pada musim. Pelancong dan penduduk tempatan sering mengunjungi tempat ini untuk menikmati buah-buahan segar yang ditanam tempatan, mengambil bahagian dalam aktiviti memetik buah-buahan dan belajar tentang penanaman buah-buahan tropika. Selangor Fruit Valley juga menyediakan Program Usahawan Tani seperti ternakan madu kelulut. 






Program Usahawan Tani Madu Kelulut 

SFV antara pusat ternakan madu kelulut yang terancang dan mempunyai infrastruktur yang lengkap bagi penternakan madu kelulut. Seorang usahawan madu kelulut telah dibenarkan menempatkan 100 buah sarang kelulut (hive) di kawasan kelapa pandan PKPS.

CARA MEMASANG PERANGKAP KELULUT 

Umpan yang digunakan adalah campuran di antara propolis thorasika dan propolis itama serta pemikat kelulut. Kantung madu,kantung roti lebah dan corong keluar masuk kelulut boleh dijadikan sebagai umpan perangkap 'penguruman' kelulut.

Semua struktur itu dibuat daripada resin pokok (berdamar atau tidak).

Untuk kelulut spesies 'damar kristal' seperti homotrigona fimbriata dan homotrigona alicea,propolis berdamar wajib digunakan sebagai umpan perangkap.

·         Masukkan propolis di dalam bekas perangkap dan kemudian tuangkan ethanol ke dalam bekas perangkap itu.

·          seterusnya, nisbah yang diperlukan adalah :

100 gram propolis : 300 mililiter ethanol.

·         Propolis boleh dicairkan dengan cara:

Menggunakan alkohol makmal iaitu dengan merebus propolis dengan air ini kerana (tidak tahan lama).

Kaedah pendidihan bertingkat (double boiler) < [cara ini lebih mudah]. Kaedah yang saya maksudkan ialah 'double boiler'.

Periuk bawah diisikan dengan air dan didihkan manakala di bahagian atas ialah mangkuk kaca tahan haba atau periuk atau kuali yang telah diisikan dengan dengan propolis sahaja.

PROSES PENGHASILAN MADU

Proses pertama bagi penghasilan madu kelulut ialah lebah kelulut akan hinggap dan 'menyedap' atau mengumpul nectar (madu bunga) daripada bunga-bunga dan juga pokok buah-buahan seperti pisang, kelapa dan banyak lagi yang berada di sekeliling lebah-lebah kelulut. Kemudian, lebah-lebah kelulut atau dikenali sebagai 'pekerja' akan mengambil madu bunga tersebut dengan mencampurkan air liur mereka bersama-sama. Bunga madu tersebut akan dibawa balik kepada sarang mereka dalam bentuk jenis sarang semut, buluh ataupun kotak empat segi buatan manusia yang dibina menggunakan bahan kayu oleh penternak lebah kelulut. Kotak kayu mempunyai tangkai untuk membantunya berdiri dan mengelakkan musuh daripada membuat serangan ke atas sarang lebah kelulut.

 

Gambar 2 : Muncung-muncung lebah kelulut 

Lebah-lebah kelulut terlebih dahulu memasuki sarang mereka melalui muncung yang dibina oleh mereka. Muncung yang dibina oleh lebah kelulut diperbuat daripada cerumen, dengan mencampur lilin lebah dihasilkan dari perut mereka dengan damar yang diambil daripada tumbuh-tumbuhan. Bentuk-bentuk muncung bergantung kepada jenis lebah kelulut. Sebagai contoh, lebah kelulut 'Heterotrigona itama' dan 'Geniotrigona thoracica' mempunyai bentuk muncung yang berbeza. Selepas memasuki muncung, lebah akan mengeluarkan madu yang di ambil dan disimpan di dalam 'pot' yang dibina di dalam sarang mereka untuk di jeruk supaya menjadi matang dalam beberapa hari. Seterusnya, 'pot' tersebut akan ditutup oleh lebah kelulut selepas isinya dipenuhi dengan madu. Walaubagaimanapun, beberapa minggu diperlukan untuk menghasilkan 'pot' madu.

Sarang-sarang lebah kelulut juga berlainan di antara satu sama lain, ianya sekali lagi tertakluk kepada jenis lebah kelulut seperti 'Tetrigona Binghami' dan 'Heterotrigona itama'. Terdapat 3 jenis sarang propolis iaitu lembut, keras dan kristal, sebagai contoh, 'Geniotrigona thoracica' mempunyai sarang propolis keras dan 'Heterotrigona itama' mempunyai sarang propolis lembut. Bahagian luar penutup sarang diperbuat daripada bitumen, iaitu campuran damar padat dan propolis.

Gambar 3 : sarang lebah kelulut 

Propolis dihasilkan daripada damar atau getah tumbuhan yang dikumpulkan daripada lebah kelulut dan dicampurkan dengan zat dan enzim dalam badan lebah kelulut. Fungsinya ialah untuk melindungi koloni lebah kelulut daripada serangan musuh seperti cicak, semut, katak dan sebagainya. Selain itu, sifatnya yang melekit juga bertujuan memberikan sokongan kepada struktur koloni lebah kelulut. Propolis juga bertanggungjawab mengekalkan kelembapan di dalam koloni lebah kelulut dan melindungi koloni daripada cuaca yang melampau. Di samping itu, bahan buatan manusia seperti plastik yang kuat juga digunakan ditutup diatas kotak kayu bagi mengelakkan air dan musuh untuk masuk ke dalam sarang lebah kelulut.

Gambar 4 : "Bee bread" ataupun roti lebah 

Terdapat 3 komponen penting yang dihasilkan oleh lebah kelulut iaitu madu, propolis dan 'bee bread' ataupun roti lebah. Selepas propolis lebah kelulut dituai, ia perlu di bersih dan diproses untuk menghasilkan propolis yang tulen. Madu dan bee bread dalam propolis hendaklah dituai dahulu dan diasingkan bagi memudahkan proses pengekstrakan dan penulenan. Pengekstrakan propolis daripada lebah kelulut boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu menggunakan air suling dan menggunakan pelarut organik (etanol). Kedua-dua pengekstrakan akan memberikan hasil yang berbeza.


PROSES TUAI MADU 

Madu asli mentah yang dituai daripada Pot Madu memerlukan proses pengurusan yang betul bagi memastikan madu yang dijual adalah bersih dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pada posting hari ini, saya ingin bercerita mengenai proses pengurusan madu. Sebelum proses tuaian, para pekerja dikehendaki memakai pakaian tuaian yang lengkap dengan glove dan penutup mulut. Peralatan tuai juga perlu dicuci bersih sebelum tuaian dan selepas tuaian dilaksanakan.

Log yang hendak dituai perlulah direkodkan serta jangkamasa tuaian sebelum ini. Kami cadangkan jarak antara tuaian adalah minimum 4 minggu bagi membolehkan kelulut membaiki struktur sarang yang rosak disebabkan tuaian sebelum ini serta bagi memastikan madu matang dalam pot. Apakah risikonya sekiranya kekerapan tuaian di kurangkan? pada pendapat saya, koloni akan stress kerana melakukan kerja lebih masa untuk memperbaiki kerosakan sarang serta madu yang dituai tidak cukup matang dengan kandungan kelembapan yang tinggi. Ini akan menyebabkan madu cair dan sekiranya diproses mengurangkan kandungan kelembapan, akan berlakunya kehilangan berat yang tinggi. Setelah log dikenalpasti, penutup kotak dan plasik pelindung dibuka serta dibiarkan seketika untuk menenangkan kelulut. Adakalanya kelulut masih juga aggresif maka boleh diteruskan proses tuaian. Kita akan selamat kerana memakai baju pelindung kelulut.

Peralatan Tuaian adalah seperti berikut:-

1.      Pakaian yang bersih

2.      Sarung Tangan dan penutup mulut

3.      Pum Penyedut

4.      Tong Madu

5.      Alat Penapis


 

Gambar 5 : Sarang lebah kelulut yang ingin dituai 

Gambar di atas  adalah contoh kotak topping yang telah dipenuhi dengan madu. Adalah disarankan agar tuan/puan hanya mengambil 2/3 sahaja daripada pot madu yang terdapat di dalam topping dan sebahagian 1/3 dikekalkan untuk bekalkan makanan sekiranya cuaca tidak menentu selepas proses tuaian dibuat bagi memastikan koloni kita kekal aktif. 

Pot madu yang belum ditutup oleh kelulut adalah madu yang belum Matang dan tidak perlu dituai kerana kandungan kelembapan yang tinggi. Sila tuai madu dalam Pot Madu yang sudah ditutup kemas oleh kelulut. Proses Frementasi juga berlaku dalam pot madu. Tuan/puan boleh perhatikan pot madu yang telah tertutup tetapi mempunyai muncung yang cerah adalah pot madu yang telah mengalami proses frementasi. Ini kerana secara natural, setiap nektar yang dikutip oleh kelulut mempunyai kandungan yeast dan apabila dikumpulkan dalam pot madu, yeast akan bertindak balas dengan gula ringkas bagi menghasilkan gas karbon dioksida.

Bagi memudahkan proses tuaian, pot-pot madu akan dipecahkan pada muncungnya dengan lubang yang kecil bagi membolehkan paip sedut madu memasuki pot madu dan menyedutnya keluar. Ianya juga membolehkan kita mengesan pot yang mengandungi madu dan beebread. Sebolehnya kita tidak melakukan kesilapan dengan menyedut ke dalam pot yang mengandungi beebread kerana ia akan mencemarkan madu. Kandungan beebread yang termasuk dalam madu akan mengeruhkan madu dan apabila proses frementasi berlaku kepada madu yang tidak diproses, satu lapisan kotoran akan terhasil dan ini akan mencacatkan rupa bentuk madu/botol madu. .

Setelah, madu selesai dituai, madu akan ditapis terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam tong-tong penyimpanan sementara. Proses penapisan diperlukan untuk membuang bendasing-bendasing yang tersedut sekali semasa proses tuaian. Selepas madu dituai diladang, ianya hendaklah segera di bawa ke pusat pengumpulan dan disimpan dalam ruangan yang sejuk 6 Degree Celcius. disarankan disimpan dalam chiller atau peti sejuk yang tidak bercampur dengan barangan lain. Ini kerana sifat madu yang mudah menyerap bauan sekitar dengan mudah

LINK GAMBAR LAWATAN






No comments:

Post a Comment

LAPORAN LAWATAN KE SELANGOR FRUIT VALLEY (A2)

CPE2031 PENTERNAKAN LEBAH KELULUT TUGASAN KUMPULAN: LAPORAN LAWATAN KE SELANGOR FRUIT VALLEY KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN A DISEDIAKAN UNTUK: P...