LAPORAN LAWATAN KE SELANGOR FRUIT VALLEY
KUMPULAN A6
NAMA AHLI KUMPULAN
NO. MATRIK
MUHAMMAD ALIF BIN ZAMRI
D20221102356
MUHAMMAD AKMAL ALIFF BIN ADNAN
D20221103560
MUHAMMAD SYAZWAN BIN SAMSOL
D20221103578
HOU XIAO YANG
D20211100958
Laporan:
Pelajar mula tiba di lokasi pada jam 9:30 pagi. Lawatan dimulakan dengan pembelian tiket masuk. Sebelum memulakan aktiviti dan bergerak ke lokasi seterusnya, pelajar membeli tiket masuk dengan harga lima belas ringgit sahaja di kaunter pembelian tiket.
Setelah selesai pembelian tiket, pelajar bergerak ke lokasi seterusnya dengan menaiki kenderaan khas yang disediakan. Setiba di lokasi, pelajar diberikan sarapan pagi oleh pihak Universiti. Ketika sedang menikmati sarapan, pelajar boleh menikmati pemandangan kawasan Selangor Fruit Valley seperti dalam gambar di atas. Setelah selesai sarapan, pelajar terus bergerak ke lokasi seterusnya.
Pelajar berkesempatan berhenti dan melihat haiwan di bawah jagaan pihak Selangor Fruit Valley iaitu burung unta.
Seterusnya, pelajar telah tiba di kawasan yang ingin dituju iaitu kawasan peliharaan madu kelulut. Di sini, pelajar berpeluang mencuba dan merasai madu asli dan segar yang diberikan oleh pihak Selangor Fruit Valley. Pelajar juga berpeluang melihat perangkap kelulut yang dibuat sendiri oleh pihak berkenaan.
Di sini, terdapat juga kios yang menjual madu asli dan segar. Pelajar berpeluang membeli dan merasai madu-madu tersebut kerana terdapat pelbagai madu yang dijual dengan harga yang berpatutan.
Pengunjung juga diberi peluang untuk merasa madu kelulut secara percuma di kawasan berhampiran dengan kios. Selain itu, terdapat juga perkongsian ilmu yang disampaikan oleh salah seorang pakcik yang bekerja di situ. Pelajar dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang baru tentang penternakan kelulut.
Selain itu, terdapat juga aktiviti memanah di lapang sasar yang terdapat di Selangor Fruit Valley ini. Yuran sebanyak RM12 dikenakan untuk 10 anak panah. Hadiah sebotol madu kelulut akan diberikan kepada sesiapa yang mendapat 10 mata.
Setelah selesai aktiviti lawatan di kawasan madu kelulut ini, pelajar kembali ke kawasan pintu utama bagi persediaan untuk pulang semula ke kampus.
Berikut merupakan link google drive bagi lebihan gambar yang ada :
No comments:
Post a Comment